Isu dan kontroversi Ahirudin_Attan

Saman fitnah

Pada 2007, Ahirudin Attan disaman oleh empat bekas ketuanya di New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP). Keputusan kes itu akan ditetapkan oleh Hakim Datuk Asmabi Mohamed.

Menurut peguam Rishwant Singh, pada 4 Jan, 2007, keempat-empat mereka yang pada ketika itu merupakan timbalan pengerusi NSTP Datuk Kalimullah Hassan, ketua pegawai eksekutif Datuk Syed Faisal Albar, ketua pengarang kumpulan Datuk Hishamuddin Aun dan bekas pengarang kumpulan Brendan Pereira memfailkan saman terhadap Ahirudin kerana memfitnah dan berbohong dengan niat jahat. Artikel itu dibenarkan untuk diterbitkan oleh Ahirudin dalam laman blognya. Artikel itu merujuk kepada mereka dan berbaur fitnah, NSTP turut dinamakan sebagai plaintif dalam saman itu tetapi pada 27 Sept, 2010, syarikat itu menarik diri sebagai plaintif. Pada 3 Mei, 2007, Akhiruddin menafikan perkataan-perkataan berkenaan berbaur fitnah.[2]

Laporan kepada SKMM

Pada 13 Oktober 2010, Ahirudin Attan memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Putrajaya berhubung laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) berhubung projek jalur lebar.

Rais Yatim membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur mendakwa blog Rocky's Bru menulis tentang kononnya anaknya, Dino Rais memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara. Laporan polis turut membabitkan blog Taikors and Taikuns (TnT) dan bigdogdotcom. Ahiruddin bersedia menyerahkan komputer peribadinya kepada SKMM seperti yang dikehendaki bagi siasatan lanjut. [3] Pada 4 Disember 2010 blogger parpukari.blogspot.com menyiarkan artikel " Pendedahan bercili! Siapakah Abdul Razak Mohd Nor dan Numix Engineering?)? dan kaitannya dengan Dino Rais. Abdul Razak Mohd Nor menyaman dua blogger ini RM20 juta.[4]

Rumah dipecah masuk

Pada 7 Januari 2011, rumahnya dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 407 miliknya dicuri di Taman Damai Utama, Puchong, Selangor.[5]